Pernikahan Neelofa-Haris Bakal Di Hotel St. Regis | Malaysia News

Pernikahan Neelofa-Haris bakal di hotel St. Regis

Pernikahan Neelofa-Haris bakal di hotel St. Regis

Petaling Jaya, MTN – Spekulasi tarikh pernikahan selebriti Neelofa bersama tunangnya, Haris Ismail terus diperkatakan walaupun kedua-duanya masih mengambil pendekatan mengunci mulut.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik seorang petugas media dalam Twitternya, dia mendakwa pasangan itu bakal diijabkabulkan di hotel mewah, St. Regis Kuala Lumpur.

Bahkan, pemilik akaun Twitter bernama Zulhelmi Zainal Azam itu turut mendedahkan bahawa Neelofa dan Haris akan disatukan pada Jumaat (esok).

“Neelofa dan PU Riz bakal mendirikan rumah tangga Jumaat ini dan difahamkan majlis meraikan pasangan selebriti itu akan di adakan di The St. Regis Kuala Lumpur,” ciap Zulhelmi.

Sementara itu, sumber daripada sebuah agensi berita tempatan turut melaporkan bahawa Neelofa, 32, dan Haris, 26, bakal bernikah di sebuah hotel terkemuka di kawasan berhampiran KLCC pada hari Sabtu nanti.

Turut dilaporkan bahawa majlis tersebut akan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan hanya dihadiri keluarga terdekat mereka.

Sejak kelmarin, desas-desus perkahwinan yang dicanang sebagai Wedding Of The Year itu semakin hangat diperkatakan selepas tersebar beberapa keping gambar memaparkan Haris berada di sebuah kedai songket bersama seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga Neelofa.

Meskipun khabar angin tentang tarikh pernikahannya tersebar luas, Neelofa mahupun Haris masih mengunci mulut dan tiada sebarang perkongsian rasmi tentang persiapan hari bahagia mereka berdua.

Untuk rekod, bekas juara Dewi Remaja 2009/2010 itu bertunang dengan Haris yang merupakan bekas peserta program Pencetus Ummah pada 1 November tahun lalu.

Bagaimanapun, pada akhir tahun lalu, hubungan pasangan tersebut dikatakan bermasalah selepas ahli keluarga Neelofa memuat naik pelbagai hantaran berbaur perli dipercayai ditujukan kepada Haris.

Hujung Januari lalu, Neelofa dalam satu sidang media maya tampil menjelaskan, hubungannya dengan Haris baik-baik sahaja.

Pada masa sama, dia turut mengakui impian perkahwinannya musnah akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih diteruskan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. [kosmo]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply