Anwar Ibrahim: Mohammad Natsir Tokoh Pemikir Islam yang Berpengaruh
Anwar Ibrahim: Mohammad Natsir Tokoh Pemikir Islam yang Berpengaruh
Kuala Lumpur, MTN – Kewibawaan tokoh agama dan ahli politik Indonesia, Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan negara Islam di rantau ini.
Demikian jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucaptama persidangan antarabangsanya secara dalam talian pada Sabtu, terkait personaliti dan sumbangan Mohammad Natsir yang juga Perdana Menteri Indonesia yang kelima.
Ujar Anwar, sifat yang ditonjolkan oleh Mohamad Natsir itu amat membantunya ketika bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebelum ini.
“Beliau adalah salah seorang tokoh pemimpin yang berpengaruh ketika saya bersama ABIM. Ketika itu, gerakan di negara Timur Tengah (Asia Barat) agak banyak. Ketika itu juga kita banyak belajar dengan pengalaman yang dikongsikan oleh beliau.
“Berdasarkan pengalaman saya ketika bersama ABIM, kami terpengaruh dengan bagaimana Dr Mohammad Natsir membawa imej Islam di Indonesia.
“Sudah tentu ia sangat inklusif dan menarik minat sehingga 90 peratus Muslim di negara itu. Tetapi pada masa sama bagaimana untuk menghargai, faham, bertoleransi dengan sentimen penganut agama Hindu, Buddha dan Kristian.
“Ini adalah nilai Islam yang dibawa oleh beliau dalam mempromosi bahasa, kesusasteraan yang membawanya dikenali sebagai seorang tokoh politik yang intelektual,” katanya.
Dalam pada itu tambah Anwar, sumbangan Dr Mohammad Natsir dalam bidang penulisan juga cukup dikaguminya apabila berjaya menghasilkan beberapa karya agung, antaranya Pembela Islam sewaktu berusia 30-an.
“Saya melihat Mohammad Natsir ini dengan personalitinya, bekas perdana menteri, tokoh yang intelektual, dikenali serta popular dalam kalangan rakyat meskipun beliau dipenjarakan.
“Tetapi terus diberi sokongan oleh penyokongnya kerana idea beliau sebagai tokoh Islam terkemuka di Indonesia,” katanya lagi.
Sistem politik di Indonesia pernah mempunyai beberapa tokoh yang mengisi jawatan Perdana Menteri untuk memimpin Kabinet dari tahun 1945 hingga tahun 1959.
Mohammad Natsir merupakan Perdana Menteri kelima Indonesia 5 September 1950 sehingga 26 April 1951 sebelum jawatan itu dimansuhkan di negara republik itu.
Berasal dari Sumatera Barat dan merupakan pengasas parti politik Masyumi, Allahyarham meninggal dunia pada usia 84 tahun.[AW]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri