Persoalan Peralihan Kuasa, Ayuh Bertindak Majlis Presiden PH | Malaysia News
September 17, 2024

Persoalan Peralihan Kuasa, Ayuh bertindak Majlis Presiden PH

Persoalan Peralihan Kuasa, Ayuh bertindak Majlis Presiden PH

Tun Mahathir Mohamad secara spontan melontarkan persoalan peralihan kuasa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). Tun juga menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan jika Majlis Presiden mahu.

Sekian lama penulis telah berbicara memberi peringatan bahawa soal peralihan kuasa berada di tangan Majlis Presiden. Tidak ada kaedah lain, selain daripada meminta Majlis Presiden untuk mempersiapkan dan menentukan proses peralihan kuasa.

Walau bagaimanapun, menggesa Majlis Presiden untuk segera melakukannya bukanlah hal yang mudah. Kerana perlu diingat, Majlis Presiden ini terdiri daripada 4 parti politik yang berlainan: PKR, DAP, Bersatu dan Amanah.

Setakat ini, pihak yang telah menyatakan secara terbuka akan keperluan peralihan kuasa secepat yang  mungkin hanyalah PKR, DAP dan Amanah. Sebaliknya, ada beberapa pihak dari DAP dan Bersatu yang bersetuju bahawa peralihan kuasa hanya perlu dilakukan selepas bulan November (suara itu diwakili oleh Tun Mahathir).

Dalam keadaan sedemikian, pastinya tidak mudah untuk mencadangkan empat pihak ini agar mengundi. Justeru harus ada pandangan umum (Common Issue) yang akan membawa semua pihak bersama-sama.

Contohnya, menyegerakan memenuhi janji politik Pakatan Harapan yang nyata tidak boleh lagi ditangguh-tangguhkan. Tempoh kuasa Pakatan Harapan, yang hanya berbaki 2-3 tahun, sepatutnya menjadikan semua anggota gabungan berusaha lebih pantas untuk menunjukkan prestasi.

Hanya berdasarkan motif itu, agenda peralihan kuasa oleh Majlis Presiden PH mestilah dilakukan dengan serta-merta. Pemindahan kuasa bukan lagi berdasarkan kepada DSAI, yang tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri, atau kerana tempoh 2 tahun oleh Tun Mahathir itu telah tamat. Pemindahan kuasa semata-mata untuk memberikan manfaat serta faedah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sekali lagi, Pakatan Harapan bukanlah hanya tentang Tun Mahathir dan DSAI. Peralihan kuasa dalam gabungan Pakatan Harapan adalah jawapan kepada masa depan Malaysia yang lebih baik.

(RaheemArshavin)

 
Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply