Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa para perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya hadir ke Kongres Nasional, AMK, Wanita dan Pusat untuk kembali membulatkan tekad serta membuktikan kesepaduan.
Dalam satu kenyataan bersama, para exco AMK menyifatkan kehadiran perwakilan amat penting dalam merealisasikan agenda reformasi yang telah sama-sama dijulang semenjak 1998
“Justeru sebagai pimpinan AMK, kami menyeru seluruh perwakilan dan pemerhati untuk sama-sama hadir untuk menyegarkan semula tekad serta idealisme perjuangan yang sama-sama kita semai dengan keringat dan air mata rakyat semenjak lebih 20 tahun yang lalu.
“Kongres Nasional adalah wadah rasmi yang menghimpunkan para aktivis parti. Kongres Nasional adalah saluran rasmi untuk kita sama-sama berinteraksi dengan pemimpin ini untuk menyuarakan dhamir (nurani) rakyat,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan media tersebut dikeluarkan secara bersama oleh lima exco AMK Pusat iaitu S. Sarawanan, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, Khairul Anuar Musa, Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin dan Dr. Ahmad Kusyairi Khalid.
Mereka juga menyifatkan kehadiran perwakilan ke kongres tersebut sebagai manifestasi kesetiaan dalam mendukung agenda reformasi dan keadilan untuk rakyat.
“Ayuh ke Kongres Nasional dan nyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Presiden dan bersama mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8,” tambah kenyataan itu.
Author Profile

Latest entries
Politik2023.03.21Nazri: Tidak ada orang Melayu yang mahu percaya cakap Mahathir lagi
National2023.03.21PKR cabar Hadi Awang PAS – Ludahan ke langit akan hinggap di muka sendiri
Kes2023.03.12Muhyiddin Yassin akan didakwa lagi esok di Mahkamah Shah Alam
Politik2023.03.12Zahid balas Muhyiddin Yassin: ‘Saya sudah lalui apa yang anda hadapi’