Menjelang Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR), Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) Malaysia menerusi lima orang exco AMK Pusat menggesa para perwakilan PKR supaya menghadiri acara besar itu.
Di samping menyeru mereka untuk hadir, para exco juga mengajak perwakilan dan pemerhati untuk menyokong Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8.
“Ayuh ke Kongres Nasional dan nyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Presiden dan bersama mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8,” kata kelima exco AMK tersebut dalam kenyataan media.
Menurutnya, kehadiran perwakilan adalah sangat penting dalam merealisasikan agenda reformasi yang telah sama-sama dijulang semenjak tahun 1998. Kerana, Kongres Nasional ini adalah saluran rasmi parti untuk menyuarakan aspirasi rakyat.
“Justeru sebagai pimpinan AMK, kami menyeru seluruh perwakilan dan pemerhati untuk sama-sama hadir untuk menyegarkan semula tekad serta idealisme perjuangan yang sama-sama kita semai dengan keringat dan air mata rakyat semenjak lebih 20 tahun yang lalu.
“Kongres Nasional adalah wadah rasmi yang menghimpunkan para aktivis parti. Kongres Nasional adalah saluran rasmi untuk kita sama-sama berinteraksi dengan pemimpin ini untuk menyuarakan dhamir (nurani) rakyat,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan media tersebut dikeluarkan secara bersama oleh lima exco AMK Pusat iaitu S. Sarawanan, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, Khairul Anuar Musa, Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin dan Dr. Ahmad Kusyairi Khalid.
Author Profile
Latest entries
Politik2020.01.27Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
Politik2020.01.25AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
Politik2020.01.22Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
Top News2020.01.22Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020