Petrol Naik 5 Sen, Diesel Naik 3 Sen
Petrol Naik 5 Sen, Diesel Naik 3 Sen
Kuala Lumpur, MTN | Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak lima sen seliter iaitu daripada RM1.93 seliter kepada RM1.98 seliter.
Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak lima sen seliter iaitu daripada RM1.63 seliter kepada RM1.68 seliter, menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.
Manakala bagi harga runcit diesel naik sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM1.79 seliter kepada RM1.82 seliter.
Ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh tengah malam ini sehingga 21 ini.
Kenaikan dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product) selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, kata kenyataan yang sama.[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri