PH Nafi Tawar Jawatan Ketua Pemuda Kepada Umno | Malaysia News

PH Nafi Tawar Jawatan Ketua Pemuda Kepada Umno

Fahmi Fadzil - PKR

PH Nafi Tawar Jawatan Ketua Pemuda Kepada Umno

Kuala Lumpur, MTN – Pakatan Harapan (PH) menafikan mengeluarkan kenyataan yang kononnya menawarkan jawatan ketua pemuda gabungan itu kepada Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengeluarkan penafian itu kepada media pagi ini setelah kenyataan palsu mengenai perkara berkenaan tersebar luas di media sosial malam tadi.

Kenyataan itu mendakwa mesyuarat bulanan diadakan secara maya oleh Majlis Presiden PH dan disertai oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam mesyuarat itu, kenyataan palsu itu menuduh mereka membincangkan kerjasama antara blok pembangkang dan Umno.

Kenyataan itu kemudian mendakwa dalam pertemuan itu, Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim telah bersetuju dengan cadangan Zahid supaya Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai ketua Pemuda PH.

Jawatan ketua Pemuda PH kini kosong setelah mantan ketuanya Shazni Munir Mohd Ithnin (gambar, atas) meninggal dunia akibat Covid-19 pada 6 Ogos lalu.

Khabar angin mengenai kerjasama antara PH dan Umno telah tersebar sejak awal tahun ini setelah Anwar pertama kali mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Umno pada bulan Mac.

Buat masa ini, kedua-dua pihak mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya berundur.

Spekulasi kemungkinan kerjasama kedua pihak ini timbul kerana tidak ada satupun pihak di parlimen pada saat ini yang mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat sebagai perdana menteri.

Beberapa kenyataan telah dikeluarkan oleh PH dan pemimpin Umno mengenai isu tersebut, dengan Majlis Tertinggi Umno sebelum ini menyatakan pendiriannya tidak akan bekerjasama dengan Anwar atau DAP.[MK]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply