PM Anwar Mahu Goldman Sachs Bayar Penyelesaian 1MDB | Malaysia News

PM Anwar mahu Goldman Sachs bayar penyelesaian 1MDB

Goldman Sachs

PM Anwar mahu Goldman Sachs bayar penyelesaian 1MDB

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu Goldman Sachs untuk menghormati penyelesaiannya dengan kerajaan berhubung dalam skandal 1MDB, dan bukannya menggunakan kekuatan kewangannya untuk menentukan syarat.

“Satu-satunya rayuan saya ialah agar mereka menyelesaikan perjanjian ini dengan Malaysia kerana (skandal) 1MDB ini diketahui di seluruh dunia.

“Ia ada dalam buku dan saya fikir Goldman Sachs harus tampil bersih dan berurusan dengan Malaysia,” kata Anwar kepada Bloomberg Television di Singapura. Ini adalah wawancara pertama Anwar dengan media antarabangsa sejak menjadi perdana menteri.

Menurut Anwar, skandal 1MDB diwujudkan oleh “komplisiti” institusi tertentu seperti Goldman Sachs.

Goldman Sachs berjaya mengumpul bon AS$6.5 bilion (RM27.6 bilion) pada tahun 2012 dan 2013 untuk 1MDB.

Bagaimanapun, semua wang itu kecuali AS$2 bilion (RM8.4 bilion) akhirnya dibayar sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan, kata pendakwa raya persekutuan AS.

Di samping itu, dana bernilai jutaan, antara lain mengalir daripada firma kerajaan itu bagi membeli hasil seni yang mewah dan hartanah, kapal layar dan membiayai pembikinan filem Hollywood “The Wolf of Wall Street”.

Pada Oktober 2020, Goldman bersetuju membayar AS$2.9 bilion (RM12.3 bilion) dan unitnya di Malaysia mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah, serta bersedia menyelesaikan siasatan ke atas rompakan berbilion dolar daripada 1MDB dan pembayaran rasuah.

Menurut Goldman, ia dikehendaki membuat pembayaran interim sekali sebanyak AS$250 juta (RM1 bilion) jika Malaysia belum menerima sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM2.1 bilion) dalam aset dan hasil menjelang Ogos 2022.

Dalam pemfailan tahun lepas, Goldman Sachs berkata terdapat perselisihan faham antara bank di Wall Street itu dan kerajaan Malaysia sama ada Putrajaya telah menerima hasil AS$500 juta (RM2.1 bilion) menjelang tarikh akhir Ogos.

Goldman mendakwa bahawa Malaysia telah “mengurangkan secara unilateral” nilai satu aset sebanyak AS$80 juta (RM339 juta) dan enggan memasukkan aset tambahan yang besar dalam perakaunan aset dan hasil yang diperolehi semula.

Bank itu berkata kedua-dua pihak mempunyai tempoh tiga bulan untuk menyelesaikan pertikaian mereka, dan sekiranya ini gagal, ia akan dibawa ke timbang tara.

Mengulas perkara itu, Anwar berkata bahawa Malaysia sepatutnya telah dibayar “lebih daripada itu.”

“Saya berhasrat untuk berurusan dengan mereka jika perkara ini tidak diselesaikan secara baik. Ia bukan niat saya – saya hanya baru dalam permainan ini.

“Saya hanya mahu menyelesaikan masalah lama, dalam erti kata komitmen lama yang telah kami buat. Kami perlu meneruskannya,” katanya.

“Tetapi jika mereka cuba menekan kami dengan cara ini, saya tidak mempunyai pilihan kerana saya mendapat mandat rakyat, dan mereka sedang bergelut untuk hidup dan kamu dengan keuntungan ratusan bilion, kamu tidak boleh terlepas begitu sahaja dan mengabaikan tanggungjawab moral dan kewangan kamu,” tambah Anwar. [MK]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply