PM Muhyiddin Yassin Kena Kuarantin di rumah 14 hari


PM Muhyiddin Yassin Kena Kuarantin di rumah 14 hari
KUALA LUMPUR, MTN – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah 14 hari mulai petang hari ini.
Ini susulan kehadirannya dalam mesyuarat pascakabinet di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya pada Rabu lalu yang dihadiri seorang pegawai yang positif Covid-19.
”Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi dan disahkan negatif.
”Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” menurut Pejabat Perdana Menteri.
“Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini,” menurut PMO.
PMO juga menegaskan setiap mesyuarat yang diadakan di PMO mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar