PRK DUN RANTAU: PELUANG PH MENANG CERAH
PRK DUN RANTAU: PELUANG PH MENANG CERAH
Di malam terakhir kempen PRK Rantau sebelum hari pengundian, PH mengadakan ceramah Grand Finale di Bandar Sendayan.
Beberapa pemimpin utama PH hadir dan memberikan ucapan, antaranya Mohamad Sabu, Anthony Loke, Tian Chua, Aminuddin Harun, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar Ibrahim.
Anwar selaku Presiden PKR adalah penceramah terakhir menyampaikan ucapannya yang tamat beberapa minit sebelum jam 12.00 tengah malam.
Jumlah kehadiran di malam terakhir ini cukup membanggakan dan di luar dugaan di mana bukan saja hadirin memenuhi khemah, malah melimpah di sepanjang Dataran Metro Park Sendayan serta di tepi-tepi jalan di sekelilingnya.
Mereka tidak berganjak sehingalah Anwar menamatkan ucapannya.
Daripada wajah-wajah yang hadir yang rata-ratanya adalah pengundi Rantau, mereka terlihat begitu bersemangat untuk memastikan kemenangan PH di hari mengundi pada esok hari.
Sebagaimana dalam beberapa program kempen sebelum ini, ucapan Anwar sentiasa dinanti-nantikan dan diberikan tepukan oleh hadirin.
Sebagai Presiden PKR dan bakal Perdana Menteri selepas ini, Anwar tidak dinafikan telah bekerja keras dan tidak syak lagi merupakan penyumbang utama kepada peningkatan sokongan pengundi kepada calon PH, Dr. Streram.
Apatah lagi dengan janji Anwar yang tidak akan mengabaikan Rantau atas kedudukannya berjiran dengan Port Dickson, mereka memang berharap sangat kepada pembangunan yang lebih melimpah di masa akan datang.
Begitu juga dengan komitmen Aminuddin selaku Menteri Besar Negeri Sembilan bahawa dengan kemenangan Dr. Streram nanti, pasti lebih banyak manfaat akan dinikmati oleh pengundi Rantau daripada kerajaan.
Dengan rangkuman semua faktor itu, terutama kehadiran di program kempen malam terakhir ini, harapan PH untuk menang di Rantau ini adalah cerah sekali.
Rata-rata pengundi sedar memilih wakil rakyat kerajaan adalah lebih bermanfat berbanding Tok Mat yang hanya berkapasiti pembangkang semata-mata.
Author Profile
Latest entries
- PolitikMarch 18, 2020Perutusan Khas Muhyiddin: Rakyat Malaysia Tiada Dibagi Solusi!
- OpinionMarch 17, 2020Jangan Cakap Banyak Sangat Tun M, Nanti Terjangkit Covid-19 Baru Tau!
- Top NewsMarch 17, 2020Anwar Ibrahim Sampaikan Duka Wafatnya Dua Korban Terjangkit Covid-19
- Kabar LainFebruary 26, 2020Jangan Fikir Pelik Sangat Tun, Kerajaan Perpaduan itu Luar Biasa di Negara Demokratik?