PRK DUN Slim: Tindakan terhadap penyokong Dr Mahahtir jika guna logo parti Bersatu

PRK DUN Slim: Tindakan terhadap penyokong Dr Mahahtir jika guna logo parti Bersatu
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya logo parti itu digunakan oleh kumpulan penyokong bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim bulan depan.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata mereka yang mahu menggunakan logo parti itu perlu mendapatkan kebenaran daripada pucuk pimpinan parti.
“Kalau tak ada kebenaran menggunakan logo parti mereka tak boleh gunakan,” kata Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang media selepas majlis bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Larut, Matang dan Selama.
Semalam, bekas Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya berkata pihaknya akan meletakkan calon bertanding pada PRK itu berikutan Pakatan Harapan (PH) memaklumkan tidak akan berbuat demikian.
PRK Dewan Undangan Negeri Slim akan diadakan pada 29 Ogos ini selepas penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59 meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, Mohd Khusairi yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR Mohd Amran Ibrahim, dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal. -Bernama
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



