Ronaldo sangat gemetar pada penampilan pertamanya buat MU

Ronaldo sangat gemetar pada penampilan pertamanya buat MU
Manchester, MTN – Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa dia “sangat gementar” menjelang penampilan pertamanya buat Manchester United ketika menentang Newcastle United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
Bekas penyerang Juventus itu menghidupkan suasana di Old Trafford dengan membuka jaringan pada penghujung separuh masa pertama dan kembali meletakkan pasukan tuan rumah itu di depan selepas gol penyamaan Javier Manquillo.
Bruno Fernandes dan Jesse Lingard kemudian turut menemui sasaran bagi melengkapkan kemenangan bergaya skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu, yang kini mengumpulkan 10 mata daripada empat perlawanan pertama musim ini.
Ronaldo kembali ke United dari Juventus bulan lalu, 12 tahun selepas meninggalkan Old Trafford bagi menyertai Real Madrid.
Ia berlaku lebih baik daripada apa dibayangkan Ronaldo ketika dia memakai jersi nombor tujuh United sekali lagi.
“Saya tidak jangkakan meledak dua gol. Saya jangkakan satu tidak dua. Saya perlu menghargai penyokong dan apa dilakukan mereka kepada saya hari ini. Saya rasa sangat bangga melakukannya,” katanya kepada BBC Sport.
“Sudah tentu saya gembira menjaringkan gol, saya tidak menafikannya tetapi perkara paling penting ialah pasukan dan mereka bermain bagus.
“Ia sukar dipercayai. Ketika saya memulakan perlawanan saya sangat gementar, saya bersumpah. Saya tidak menjangkakan mereka akan menyanyikan nama saya sepanjang perlawanan.
“Saya sangat gementar, mungkin saya tidak menunjukkannya, tetapi ia benar. Sambutan menakjubkan tetapi saya di sini untuk menang dan membantu pasukan.”
Author Profile

Latest entries
IT & Social MediaFebruary 14, 2025Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE
IT & Social MediaFebruary 14, 2025YouTube Shorts mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI
IT & Social MediaFebruary 13, 2025DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia
Seni & HiburanFebruary 12, 2025G-Dragon, Bintang K-Pop kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun