Shane Lowry Ikat Kontrak Lanjut Bersama JDT | Malaysia News

Shane Lowry Ikat Kontrak Lanjut Bersama JDT

Shane Lowry Ikat Kontrak Lanjut Bersama JDT

Shane Lowry Ikat Kontrak Lanjut Bersama JDT

MTN – Penampilan konsisten ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super dan Liga Juara-Juara Asia (ACL), memikat hati pengurusan kelab Harimau Selatan untuk menyambung kontrak Shane Lowry selama dua tahun lagi sehingga 2023.

Sebelum ini, pemain kelahiran Perth, Australia itu hanya mengikat kontrak selama enam bulan yang akan berakhir pertengahan bulan ini, tetapi corak permainan baik ditonjolkan bekas pemain Al-Ahli yang berpangkalan di Doha Qatar itu membantu JDT mengekalkan kejuaraan Liga Super lapan musim berturut-turut.

Lowry jelas teruja apabila ditawar sambungan kontrak dan bertekad membantu JDT merangkul Piala Malaysia pula.

“Saya rasa amat bertuah kerana penampilan pada bulan Mei sehingga kini, berjaya membantu JDT memenangi kejuaraan liga untuk lapan musim berturut-turut. Tumpuan kini terarah Piala Malaysia dan saya akan beri yang terbaik kerana JDT adalah juara 2019 dan saya difahamkan musim lalu piala itu tidak dipertandingkan akibat pandemik COVID-19,” kata Lowry pada majlis ringkas menandatangani sambungan kontrak yang turut dihadiri Pengarah Teknikal JDT

Sementara itu, Mora juga berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan Lowry apabila diturunkan dalam kesebelasan utama terutama pada enam baki aksi terakhir liga selepas pemain itu membentuk gandingan mantap di posisi pertahanan bagi memastikan JDT tidak tewas.

 

[BH]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply