Universiti Awam Perlu Patuh Kurangkan Yuran 20 Peratus

Universiti Awam Perlu Patuh Kurangkan Yuran 20 Peratus
Kuala Lumpur, MTN – Semua Universiti Awam (UA) perlu mematuhi arahan mengurangkan yuran pengajian sebanyak 20 peratus kepada pelajar bagi semester pertama sesi 2021/2022.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, arahan itu telah dikeluarkan kepada semua UA terlibat sebelum ini.
“Langkah ini selaras dengan usaha KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) untuk terus mempertingkat usaha ke arah menjaga kebajikan mahasiswa khususnya di bawah inisiatif #KPTPrihatin,” menurut Noraini.
Beliau juga berkata, dalam keadaan pandemik COVID-19 yang banyak menjejaskan kehidupan masyarakat terutama dari segi ekonomi, kenaikan yuran tidak seharusnya berlaku.
Terdahulu, beberapa media melaporkan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya menggesa Universiti itu memberi maklum balas berhubung isu kenaikan yuran pengajian kepada pelajar baharu sesi 2021/2022.
Ia susulan kenaikan yuran sebanyak 10 hingga 60 peratus yang dikenakan universiti itu dianggap tidak munasabah dalam situasi negara ketika ini.
[MG]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor