Hotel Bertaraf 5 Bintang Bakal Dikembangkan Di Pulau Pangkor | Malaysia News

Hotel Bertaraf 5 Bintang Bakal Dikembangkan di Pulau Pangkor

Hotel Bertaraf 5 Bintang Bakal Dikembangkan di Pulau Pangkor

Hotel Bertaraf 5 Bintang Bakal Dikembangkan di Pulau Pangkor

Kuala Lumpur, MTN – Syarikat pembangunan hartanah, Pangkor Venice World (PVW) dan syarikat pengurusan hotel terkemuka, Archipelago International menjalin kerjasama sebagai pengendali rasmi hotel yang akan dibina di Pulau Pangkor, Perak.

Kerjasama itu bakal menyaksikan jenama hotel mewah terkemuka, Grand Aston yang pertama dibina di Malaysia.

Grand Aston yang tidak asing lagi di Indonesia dan sedang pesat membangun di Asia Tenggara menjanjikan keunikan reka bentuk dan konsep yang lebih segar untuk kemunculan pertamanya di Malaysia nanti.

Projek itu juga akan menyaksikan pembinaan bangunan terbesar dan tertinggi yang pertama di Pulau Pangkor dengan mengutamakan pembangunan bercampur-campur.

Selain hotel bertaraf lima bintang, projek ini turut mengetengahkan pembangunan taman tema dalam dan luar dengan mengambil kira pendekatan eko-sustanibiliti.

Pengarah Eksekutif PVW Group, Gordon Chew Khor Teng dan Ketua Pegawai Eksekutif Archipelago International, John M Flood telah menandatangani memorandum sefahaman baru-baru ini.

Kedua-dua pihak mengharapkan kerjasama tersebut dapat merancakkan kembali Pulau Pangkor sebagai pusat industri pelancongan negara dan menjadi mercu tanda baharu buat Malaysia.

[MG]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply