Rusia buka koridor kemanusiaan dari Mariupol

Rusia buka koridor kemanusiaan dari Mariupol
Kementerian Pertahanan Rusia pada Ahad mengumumkan pembukaan koridor bantuan kemanusiaan dari bandar Mariupol bermula Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pengarah Pusat Pengurusan Pertahanan Rusia, Kolonel-Jeneral Mikhail Mizintsev berkata, koridor berkenaan mula dibuka pada jam 10 pagi waktu Moscow (07:00gmt) dari bandar Mariupol ke timur dan barat.
Mizintsev menyeru pihak berkaitan mematuhi gencatan senjata bermula jam 9.30 pagi waktu tempatan.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 902 orang awam telah terbunuh dan sekitar 1,459 cedera sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari lalu dan angka sebenar dikhuatiri lebih tinggi.
Lebih 3.38 juta rakyatnya telah melarikan diri sejak krisis tercetus, dengan lebih dua juta pelarian mencari perlindungan di Poland, hampir 530,000 ke Romania dan lebih 362,000 di Moldova. [Bernama]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



