LVIV: Kekerapan dan serangan yang meluas oleh tentera Russia menyukarkan pemindahan orang awam dengan selamat dari bandar dan kampung di barisan hadapan.
Gabenor Wilayah Lugansk di timur Ukraine, Serhiy Gaidai, berkata 59 orang awam telah terbunuh di wilayah itu sejak permulaan perang dan memusnahkan sepenuhnya beberapa kawasan kediaman.
“Tiada satu komuniti yang tidak diserang,” katanya di televisyen nasional, menamakan bandar Severodonetsk, Rubizhne dan Popasna sebagai titik panas.
Russia menafikan menyasarkan orang awam sejak permulaan pencerobohan 24 Februari lalu ke atas Ukraine, yang digelarnya sebagai ‘operasi ketenteraan khas’.
Usaha untuk memindahkan orang awam terhalang akibat pertempuran, tetapi pihak berkuasa tempatan berharap gencatan senjata sementara boleh dipersetujui untuk membolehkan trak mengagihkan makanan, ubat-ubatan dan bantuan lain.
Usaha untuk memindahkan orang awam dihalang oleh pertempuran, tetapi pihak berkuasa tempatan berharap gencatan senjata sementara boleh dipersetujui esok untuk membolehkan trak mengagihkan makanan, ubat-ubatan dan bantuan lain kepada orang yang paling memerlukan.
Lugansk terletak di wilayah Donbass yang kaya dengan arang batu di Ukraine, di mana sebahagiannya dikawal oleh pemisah disokong Russia sejak 2014.
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar