SAYA SEDAR HIDUP TIADA LAMA LAGI, JIKA DIMINTA BERUNDUR SAYA AKAN PERGI

SAYA SEDAR HIDUP TIADA LAMA LAGI, JIKA DIMINTA BERUNDUR SAYA AKAN PERGI
Saya bertuah untuk hidup selama ini. Sebenarnya, saya tidak patut hidup lagi untuk menyaksikan apa yang berlaku terhadap pengganti saya tetapi saya bernasib baik kerana saya bukan sahaja tua tetapi masih berupaya berfungsi.
Tapi saya sedar saya sangat tua dan tidak lama lagi saya akan kehilangan kudrat dan saya akan mati.
Jadi, saya tergesa-gesa. Orang lain mungkin mengambil perkara dengan mudah, tetapi saya hendak cepat kerana saya sedar saya sudah tidak banyak masa lagi untuk melakukan apa yang sepatutnya dibuat di negara ini.
Saya maklum cuma perdana menteri sementara dan bersedia melepaskan jawatan itu apabila tiba masanya.
Mereka (PH) telah berkata saya hanya (perdana menteri) sementara dan akan ada orang lain yang akan mengambil alih.
Saya fikir masanya mungkin lama sebelum pilihan raya umum akan datang.
Jika saya diminta berundur, saya akan pergi kerana tiada tarikh khusus yang diberikan.
– Petikan temubual Tun MAHATHIR MOHAMAD dengan akhbar mingguan ekonomi, Fokus Malaysia
Author Profile
Latest entries
Politik2020.03.18Perutusan Khas Muhyiddin: Rakyat Malaysia Tiada Dibagi Solusi!
Opinion2020.03.17Jangan Cakap Banyak Sangat Tun M, Nanti Terjangkit Covid-19 Baru Tau!
Top News2020.03.17Anwar Ibrahim Sampaikan Duka Wafatnya Dua Korban Terjangkit Covid-19
Kabar Lain2020.02.26Jangan Fikir Pelik Sangat Tun, Kerajaan Perpaduan itu Luar Biasa di Negara Demokratik?