Semua Video YouTube Akan Dialih Bahasa Secara Automatik | Malaysia News

Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik

Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik

Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik

Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik dalam masa lima tahun

YOUTUBE sudahpun mempunyai ciri video dialih bahasa secara automatik menggunakan kecerdasan buatan (AI) selepas sebelum ini memerlukan ia dilakukan secara manual.

Namun ciri ini hanya diberikan kepada pengeluar kandungan terpilih dalam Bahasa Inggeris sahaja terlebih dahulu.

Dalam temu bual bersama Bloomberg, naib presiden YouTube mengatakan semua video di platform akan dialih bahasa secara automatik dalam masa lima tahun lagi.

Video akan dialih bahasa menggunakan suara asal pemilik saluran yang akan membuatkan ia sukar dibezakan daripada video asal.

Sistem yang digunakan sekarang menggunakan suara AI yang kami rasakan membuatkan kandungan terasa canggung dan membuatkan kami lebih gemar mengaktifkan sahaja sari kata.

Google telahpun menggunakan video yang dimuat naik ke YouTube untuk melatih model AI mereka seperti Veo yang baru sahaja dilancarkan minggu lalu.

Dengan data ratusan juta video yang kini di dalam pustaka mereka, proses menghasilkan AI yang lebih baik menjadi semakin mudah kerana jutaan lain video dimuat naik setiap hari.

[AstroA]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply