Shamsul: Isu Bil Elektrik, Rakyat Mesti Diberi Pembelaan
Shamsul: Isu Bil Elektrik, Rakyat Mesti Diberi Pembelaan
Kuala Lumpur, MTN – Menteri Tenaga Tenaga Nasional Berhad dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah akan memperhalusi isu kenaikan bil elektrik yang diterima pengguna sejak kebelakangan ini.
Malah beliau menghormati dan menghargai pandangan rakyat mengenainya.
Menurutnya, TNB telah mengemukakan cadangan berkaitan isu bil elektrik dalam mesyuarat hari ini dan pihaknya termasuk pegawai kementerian dan Suruhanjaya Tenaga akan membuat penilaian mengenainya.
“Mesyuarat membuat keputusan meminta TNB mengemukakan semula cadangan termasuk pandangan mengenai isu ini dengan mengambil kira semua aspek dalam mesyuarat sekali lagi esok.
“Ketika ini saya difahamkan TNB sedang perhalusi hasil perbincangan dan mesyuarat bersama pada pagi tadi,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Shamsul Anuar, pandangan atau kritikan yang diberi oleh pelbagai pihak dilihatnya satu usaha membantu kementeriannya memberikan yang terbaik untuk rakyat.
“Dalam apa keadaanpun keutamaan kerajaan dan saya adalah rakyat. Rakyat mesti diberikan pembelaan,” katanya.[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri