Inventori AS Susut, Harga Minyak Kian Naik | Malaysia News

Inventori AS Susut, Harga Minyak Kian Naik

Inventori AS Susut, Harga Minyak Kian Naik

Tokyo, MTN – Harga Brent melonjak sebanyak AS$0.33 kepada AS$41.60 setong selepas merosot lebih daripada 1% hari Selasa manakala minyak mentah Amerika Syarikat naik 1.1% kepada AS$39.69 setong, jatuh sebanyak 1.1% daripada sesi sebelumnya.

Stok-stok minyak mentah Amerika Syarikat dan gas menurun lebih daripada jangkaan pada minggu lalu sementara inventori penyulingan meningkat, menurut data Institut Petroleum Amerika Syarikat.

Inventori minyak mentah turun 8.2 juta tong kepada 537 juta tong, berbanding ramalan penganalisis menyusutan 710,000 tong.

“Sekiranya anggaran API diniai oleh agensi rasmi agensi kerajaan yang akan dikeluarkan esok, ia akan dilihat sebagai isyarat kenaikan harga yang pasti,” kata Stephen Innes, Ketua Strategi Pasaran Global di AxiCorp.

“Laporan tersebut dapat membantu mengatasi beberapa masalah inventori yang masih ada,” katanya.

Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat akan mengeluarkan data pada hari Rabu.[mg]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply