Anwar: Hormati Keputusan Rakyat Sabah

Anwar: Hormati Keputusan Rakyat Sabah
Kuala Lumpur, MTN | PKR menghormati keputusan yang telah dibuat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa yang sama, katanya, PKR berharap proses pembentukan kerajaan negeri dapat dikemudi dengan aman, bijaksana dan penuh hikmah.
“Saya ingin ucapkan tahniah kepada rakan-rakan Warisan Plus, khususnya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah yang telah memenangi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP yang memenangi enam kerusi dan UPKO yang berjaya memenangi satu kerusi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengucapkan tahniah kepada Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew atas kejayaan mempertahan dua kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Anwar menganggap usaha kuat parti terutama di DUN Sook yang melihat peningkatan hampir dua kali ganda peratus undi buat PKR berbanding 2018.
“Saya pohon semua pihak termasuk pimpinan parti akur dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia berkait Covid-19 terutama dalam isu saringan dan kuarantin,” katanya.[mg]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri