Sultan Bertitah Hidupkan Semula Gelaran Mejar Cina di Johor

Sultan Bertitah Hidupkan Semula Gelaran Mejar Cina di Johor
MTN – Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar bertitah supaya gelaran “Mejar Cina” yang pernah dikurniakan oleh Sultan Abu Bakar dihidupkan semula.
Baginda juga berkenan melantik seorang pengurus ladang sawit David Wong Khong Soon yang berketurunan Wong Ah Fook sebagai Mejar Cina, berkuat kuasa hari ini.
Dia akan menjalankan tugas dan bekerjasama dengan Yayasan Sultan Ibrahim dan lain-lain yayasan diraja Johor, pegawai daerah, wakil rakyat, penghulu dan ketua masyarakat dalam mengagihkan bantuan makanan kepada masyarakat Cina.
“Dalam menjalankan tugas itu Mejar Cina Wong Khong Soon tidak disifat sebagai wakil raja.
“Beliau tidak dibekalkan dengan apa-apa kuasa, hak, imbuhan, kemudahan atau keistimewaan,” kata Yang Dipertuan Jumaah Majlis Diraja Johor Abdul Rahim Ramlis.
Author Profile

Latest entries
IT & Social MediaFebruary 14, 2025Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE
IT & Social MediaFebruary 14, 2025YouTube Shorts mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI
IT & Social MediaFebruary 13, 2025DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia
Seni & HiburanFebruary 12, 2025G-Dragon, Bintang K-Pop kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun