Sultan Johor akan dianugerah ijazah kehormat Universiti Nasional S’pura

Sultan Johor akan dianugerah ijazah kehormat Universiti Nasional S’pura
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bakal dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang dari Universiti Nasional Singapura (NUS) ketika lawatan rasmi baginda ke republik itu selama dua hari bermula hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, anugerah itu akan disampaikan Presiden Singapura Halimah Yacob.
Menurut kenyataan itu anugerah tersebut sebagai mengiktiraf sumbangan Sultan Johor terhadap penambahbaikan hubungan dua hala antara Johor dan Singapura.
Dalam lawatan itu, baginda akan diiringi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.
Kenyataan itu menyebut ketibaan baginda berdua dan delegasi diraja Johor di Istana, yang merupakan pejabat rasmi presiden dan perdana menteri Singapura pada esok (20 Julai), akan disambut Perdana Menteri Datuk Lee Hsien Loong berserta Menteri Kabinet Singapura.
Dalam lawatan itu, baginda juga dijadual mengadakan kunjungan ke atas presiden Singapura, selain berangkat ke beberapa acara termasuk lawatan ke tapak Projek RTS di Woodlands, Institut Yusof Ishak (ISEAS) dan Pangkalan Udara Sembawang.
Kenyataan itu menyebut Taman Botani Singapura akan mempersembahkan orkid khas yang dinamakan sempena baginda berdua – “Ibrahim Zarith”, sebagai penghormatan atas lawatan rasmi atas jemputan rasmi Perdana Menteri negara itu.
Bunga orkid merupakan bunga kebangsaan Singapura. [Bernama]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



