Tambah tulisan Cina punca ketegangan, vandalisme – ABIM Sarawak
Tambah tulisan Cina punca ketegangan, vandalisme – ABIM Sarawak
Serawak, MTN – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sarawak mengambil serius tindakan sebuah sayap parti politik di negeri itu yang meletakkan pelekat bertulisan Cina pada papan tanda di beberapa buah jalan sekitar Kuching.
Ini kerana tindakan seumpama itu boleh dilihat sebagai satu tindakan vandalisme ke atas harta benda awam.
Sedangkan, tindakan sedemikian sepatutnya dibuat melalui cara yang betul dan mengikuti lunas undang-undang.
”Bagi kami, ia adalah tindakan yang kurang bijak dan boleh mengakibatkan ketegangan yang hanya akan merugikan rakyat.
”ABIM Sarawak menegaskan agar mana-mana entiti di Sarawak sewajarnya hanya melibatkan diri dalam aktiviti yang memberikan kesan positif kepada kepentingan negara terutamanya dalam soal perpaduan antara rakyat yang berbilang budaya, bangsa dan agama,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ia mengulas mengenai tindakan DAPSY Sarawak yang menambah tulisan Cina di beberapa jalan di negeri tersebut baru-baru ini.
Tambahnya, Sarawak sememangnya terkenal dengan kepelbagaian budaya yang sangat diraikan oleh penduduk negeri ini dan seharusnya menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia yang dikhuatiri masih dilanda kemelut perkauman yang sempit.
Oleh itu, adalah tanggungjawab semua pihak di Sarawak untuk menjaga keharmonian yang sedia ada di negeri yang dicintai ini dengan mengelakkan sebarang tindakan yang hanya akan merugikan rakyat.
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri