Tangan Ghaib Itu Ialah Azmin Ali, Kata Akmal | Malaysia News

Tangan ghaib itu ialah Azmin Ali, kata Akmal

Tangan ghaib itu ialah Azmin Ali, kata Akmal

Ketua Pemuda PKR (AMK), Akmal Nasir, berkata ‘tangan ghaib’ yang wujud dalam PKR sebenarnya adalah timbalan presiden parti itu sendiri, iaitu Azmin Ali, kerana beliaulah yang mencetuskan kerosakan dalam organisasi berkenaan.

 

Katanya, isu berkenaan jemputan bagi merasmikan Kongres Tahunan Pemuda PKR itu cuba diuruskan sebaik mungkin dengan mengekalkan isu itu dalam lingkungan dalaman saja dan terlepas daripada pihak media.

 

Bagaimanapun, katanya, Azmin tidak lagi menghormati parti dan perjuangan mereka.

 

“Keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK pada 20 Okt untuk membatalkan jemputan kepada Azmin adalah kelemahan beliau sendiri untuk memberi jawapan selepas diberi tempoh selama enam minggu berbuat demikian.

 

“Pada masa yang sama, kegagalan beliau untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) atau Biro Politik PKR selama setahun dan sering mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan disiplin parti serta semangat PH merupakan tangan ghaib sebenar yang merosakkan PKR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Menurut Akmal surat jemputan untuk Azmin merasmikan kongres AMK itu bertarikh 11 Sept 2019.

 

Terdahulu isu tokoh yang dijemput merasmikan kongres tahunan Pemuda PKR itu menjadi perhatian dua kumpulan bertentangan dalam parti berkenaan sehari dua ini.

 

Azmin mendakwa wujud tangan ghaib di Sebalik keputusan membatalkan jemputan kepada beliau untuk merasmikan majlis berkenaan.

 

“Saya telah terima surat jemputan dan telah menjawab akan hadir tetapi baru-baru ini dibatalkan. Saya yakin ketua AMK tidak berani melakukan sesuatu tanpa ada tangan-tangan ghaib di belakang.

 

“Ini bukan tentang saya tetapi sebab jawatan presiden dan timbalan presiden,” kata menteri Hal Ehwal Ekonomi itu hari ini.

 

Semalam Akmal dilaporkan berkata keputusan untuk menjemput bekas presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai perasmi Kongres Nasional AMK di Melaka 6 Dis ini dibuat pada mesyuarat pimpinan pusat sayap itu pada 20 Okt lepas.

 

Ini penjelasan Ketua AMK mengenai Azmin digugurkan sebagai perasmi kongres AMK

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply