Tengah Malam ini Diskaun 18 Peratus Tol PLUS akan Bermula

Tengah Malam ini Diskaun 18 Peratus Tol PLUS akan Bermula
Kuala Lumpur – Kadar tol PLUS akan dikurangkan sebanyak 18 peratus bermula 12 tengah malam ini.
Seperti yang telah diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 17 Januari lalu, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus tersebut diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi di Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan
Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang.
“Kadar tol untuk kenderaan komersial akan terus kekal pada kadar tol semasa tanpa peningkatan sehingga tamat tempoh konsesi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2020, kadar tol untuk kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang juga akan disamakan dengan kadar tol baharu Jambatan Pertama Pulau Pinang selepas diskaun 18 peratus bermula 1 Februari 2020.
“Dengan penurunan kadar tol ini, kerajaan telah mengambil suatu langkah yang besar ke arah memenuhi janji untuk menghapuskan tol secara berperingkat dengan merunding semula perjanjian konsesi lebuh raya seperti dinyatakan Manifesto Pakatan Harapan,” katanya lagi.
– MalaysiaGazette
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



