'The Checkmate' Jet Pejuang Sukhoi Baharu Russia | Malaysia News

‘The Checkmate’ Jet Pejuang Sukhoi baharu Russia

Jet Sukhoi - The Checkmate - Battle Air Plane

‘The Checkmate’ Jet Pejuang Sukhoi baharu Russia

Zhukovsky, MTN – Russia semalam memperkenalkan jet pejuang Sukhoi yang baharu dengan keupayaan untuk melancarkan serangan serentak ke atas enam sasaran, sekali gus menyaingi pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS), F-35.

Jet pejuang itu yang dipanggil ‘The Checkmate’ telah ditunjukkan kepada Presiden Vladimir Putin, sebelum dilancarkan pada pertunjukan udara dwitahunan di luar Moscow.

Menurut laporan sebelum ini, jet itu dibangunkan gergasi pertahanan dan teknologi, Rostec, serta syarikat bawah kawalan negara, United Aircraft Corporation.

“Tugas kami ialah untuk pesawat ini ditawarkan secara besar-besaran kepada pelanggan mulai 2026,” kata Pengarah Besar United Aircraft Corporation, Yury Slyusar.

Rostec menggambarkan pesawat itu sebagai jet pejuang generasi kelima dilengkapi enjin tunggal ringan, yang menggabungkan ‘penyelesaian inovatif’, termasuk kecerdasan buatan.

“Jet itu boleh menyerang hingga enam sasaran serentak di darat, udara atau laut, walaupun mengalami gangguan elektronik yang kuat,” menurut pengeluar itu.

Jet berharga antara AS$25 juta hingga AS$30 juta itu akan berupaya membawa dron dan melancarkannya ketika dalam penerbangan.

Slyusar berkata, beliau menjangka hampir 300 tempahan diterima dalam tempoh 15 tahun akan datang, terutama dari Asia Barat, Asia serta Amerika Latin, untuk harga ‘tujuh kali lebih rendah’ berbanding F-35.

Beliau berkata, jet itu mampu memusnahkan ‘pesawat asing generasi kelima’ serta ‘direka bersama daya menghadapi sistem generasi keenam yang berkemungkinan muncul dalam dekad akan datang’.

Malah, versi ‘auto-pilot’ turut dibangunkan.

Slyusar berkata, beliau percaya Putin berasa ‘gembira’ ketika melihat pesawat itu.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply