Tok Him: Dulu, Saya Raja Katak, Kini Ada Malah Ada ‘Kerajaan Katak’

Tok Him: Dulu, Saya Raja Katak, Kini Ada Malah Ada ‘Kerajaan Katak’
KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata bahawa dahulu lompat-melompat adalah perbuatan jijik, dan dahulu sayalah dituduh katak kerana melompat parti.
Sekarang katanya, beribu-ribu pemimpin melompat keluar parti sehingga kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baharu dibentuk turut digelar ‘kerajaan katak’ kerana berlaku lompat-melompat.
“Saya dengar ramai mengatakan kerajaan sekarang tidak bermoral. Ini kerajaan lompat dan ‘katak-katak’ ini pula kepalanya buruk, kepalanya bernanah. Masa saya dulu, saya seorang sahaja lompat.
“Sebab itu, jangan mengata orang lebih, mengata dulang paku serpih, sekarang ini kena atas muka dia orang masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Putra Bahagian Setiawangsa dan Titiwangsa di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Bharu hari ini.
Ibrahim digelar ‘Raja Katak’ oleh kebanyakan pemimpin terutama UMNO kerana tindakannya melompat ke Parti Semangat 46 (46) kemudian kembali semula kepada UMNO sebelum menyertai bebas dan kini menubuhkan partinya sendiri.
Gelaran itu kemudian tidak lagi menjadi buah mulut kalangan pemimpin parti, baik lawan mahupun kawan kerana kebanyakan mereka juga turut lompat melompat ke parti yang dilihat boleh memberi kesinambungan ‘nyawa’ kepada mereka.
Hari ini, Ibrahim memulang paku buah keras kepada rakan politiknya kerana akibat perbuatan lompat melompat itu, tumbangnya sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU-14 lalu.
“Jadi, jika PN nak kembali bermaruah, saya sarankan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin agar nasihat Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Dewan Rakyat dan adakan PRU secepat mungkin.
“Inilah cara terbaik bagi menjamin kestabilan politik negara dan juga bagi menjamin kedudukan Malaysia dari segi geopolitik antarabangsa,” katanya. [mg]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri