Tun M: Jika Mahu Tebus Maruah Pilih Parti Pejuang | Malaysia News

Tun M: Jika Mahu Tebus Maruah Pilih Parti Pejuang

Tun M: Jika Mahu Tebus Maruah Pilih Parti Pejuang

Tun M: Jika Mahu Tebus Maruah Pilih Parti Pejuang

Shah Alam, MI: Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Pejuang sebagai nama parti baharu yang ditubuhkannya seperti yang diumumkan beliau sebelum ini.

Menurutnya, parti tersebut lahir daripada kesedaran bahawa rasuah itu menghancurkan bangsa. Beliau berkata, jika ada mana-mana pihak mahu menyertai mereka bagi tujuan mendapatkan jawatan dan wang mereka perlu menyertai parti lain.

“Jika ingin tebus maruah. Jika ingin kekal hak kita. Pilih parti kami. Pilih Pejuang,” katanya menerusi hantaran di Blog Chedet,cc hari ini.

Mahathir pada sidang media 7 Ogos lalu mengumumkan penubuhan sebuah parti Melayu baharu selepas keahliannya bersama beberapa pemimpin lain dilaporkan terhenti selepas melakukan tindakan yang bertentangan dengan parti.

Beliau memaklumkan bahawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula dilantik sebagai Presiden parti yang bakal ditubuhkan itu. Mengulas lanjut, Dr Mahathir mendakwa, parti Bersatu yang ditubuhkan sebelum telah dirampas bagi menyelamatkan musuh mereka sebelum ini.

“Demikian Bersatu. Ditubuh untuk hapuskan Kleptokrat. Sekarang beralih untuk selamat Kleptokrat. Kerana apa? Kerana jawatan dan wang. Perjuangan asal di belakangkan.

“Perjuangan sekarang berasas kepada apa aku dapat. Jalan mudah. Terima sahaja apa yang ditawar. Jika ada sesuatu yang boleh hancur Melayu. Mengutamakan apa aku dapat adalah cara hancur orang Melayu,” katanya.

Katanya, pendekatan apa aku dapat hanya menghancurkan orang Melayu kerana membelakangkan kepentingan kaum itu.

“Lihat peristiwa jual tanah. Ya. Jual tanah dapat duit. Duit habis, tanah sudah tergadai. Apa yang tinggal pada penjual. Nothing (tiada apa-apa).

“Lihat Melayu negara jiran. Melayu lagikah negara mereka? Jual tanah sama dengan jual hak. Lama-kelamaan jual negara. Tidak ada hak lagi. Maka hancurlah Melayu. Siapa yang salah? Orang lainkah? Pilihlah,” katanya.[sh]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply