Tun M: Kerajaan Akan Kaji Cadangan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja | Malaysia News
Mahathir

Tun M: Kerajaan Akan Kaji Cadangan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja

KERAJAAN akan mempertimbangkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi melihat dakwaan dibangkitkan dalam afidavit hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer mengenai ketidakadilan kehakiman, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak akan berkata apa-apa. Jika ada RCI kami akan mengkaji cadangan itu terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai desakan Hamid untuk menubuhkan RCI dan disokong oleh Persatuan Patriot Nasional (Patriot) dan peguam penasihatyang mengatakan RCI akan menjadi satu-satunya cara untuk mengetahui sekiranya hakim bercakap benar.

Hamid memfailkan afidavit menyokong permohonan peguam Sangeet Kaur Deo untuk mengisytiharkan ketua hakim negara gagal bertindak atas kes gangguan kehakiman.

Antara tuduhan yang menjadi perhatian apabila terdapat hakim tertentu membantu pihak swasta untuk menipu kerajaan.

Dua kes yang dinamakan ialah rayuan Anwar Ibrahim di mahkamah rayuan berhubung kes liwatnya dan kebebasan berhimpun oleh ahli politik PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Mereka hakim yang berintegriti dan cekap di mahkamah rayuan serta mahkamah tinggi termasuk pesuruhjaya kehakiman.

“Mereka tahu tentang salah laku dan tidak hentikannya. Ia berterusan walaupun kerajaan sudah berubah,” katanya.

– https://www.themalaysianinsight.com/

Facebook Comments