Toksah kata tol ditutup secara berperingkat, penurunan kadar tol pun tidak berlaku. Harga minyak sepatutnya boleh turun lagi tapi tidak berlaku. Harga barang ada laa sedikit penurunan tapi tak begitu dirasai rakyat yang berharap. Tu baru sikit.
Jika perkara ini berterusan, maka lengkaplah resipi kerajaan sepenggal untuk PRU15.
Benar, rakyat menjatuhkan BN bukan kerana manifesto PH. Tetapi jika rakyat terus dibiarkan tanpa merasai nikmatnya berkerajaankan PH, rakyat pun tidak punya keinginan untuk mempertahankannya. Ingat tu.
Sedangkan pada masa sama, pentaksub pembangkang begitu galak untuk mengundi menurunkan PH walaupun yang bakal dinaikkan semula itu adalah penjual agama & penyamun tarbus.
Walaupun tanpa Sabah Sarawak, usaha menumbangkan PH akan senasib RUU 355. Mereka akan terus berusaha.
Maka, peralihan kuasa perlu berlaku kepada Anwar tahun depan. Jika Anwar jadi PM, beberapa pemimpin PH mungkin akan hilang jawatan menteri. Tapi jika PH dikalahkan, semua pemimpin PH mungkin akan dikenakan tindakan mahkamah & penyamun akan dilepaskan. Mau?