Turkey enggan ikut telunjuk NATO

Turkey enggan ikut telunjuk NATO
ANKARA – Turki, Hungary dan beberapa negara lain telah menimbulkan kemarahan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) apabila enggan mengenakan sekatan terhadap kepentingan Rusia, lapor Sputnik.
“Jika oligarki atau mana-mana warga negara Rusia mahu mengunjungi Turki, mereka boleh berbuat demikian,” kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu sambil menambah mereka bebas melakukan aktiviti komersial di negara ini.
Mevlut telah memberikan petunjuk bahawa warga negara Rusia tidak akan berdepan halangan tambahan untuk menjalankan perniagaan di Turki.
Turki, yang juga anggota NATO telah menolak untuk melakukan sekatan terhadap warga negara Rusia atau menutup ruang udara kepada pesawat negara tersebut. [SH]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



