Rusia dakwa 1,351 askarnya terbunuh dalam pertempuran di Ukraine

Rusia dakwa 1,351 askarnya terbunuh dalam pertempuran di Ukraine
Moscow – Seramai 1,351 askar Rusia dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di Ukraine yang dicerobohnya pada hujung bulan lalu.
Angka itu didedahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Turus Tentera Rusia, Jeneral Sergey Rudskoy pada Jumaat lalu.
Rudskoi turut menyatakan bahawa seramai 3,825 askar Rusia cedera sejak permulaan operasi ketenteraan khas di Ukraine pada 24 Februari lepas.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa peringkat pertama misi Rusia di Ukraine telah dicapai dan menyatakan pertempuran tentera Ukraine telah dikurangkan dengan ketara.
Rudskoi menyatakan keadaan sedemikian membolehkan pasukan tentera Rusia menumpukan usaha utamanya untuk mencapai matlamat asas, iaitu pembebasan wilayah Donbass.
Dalam pada itu, menurut Rusia, lebih 14,000 anggota tentera Ukraine terbunuh manakala kira-kira 16,000 lagi cedera.
Sebelum ini, tabloid Komsomolskaya Pravda di Rusia mendedahkan pada 21 Mac lalu bahawa hampir 10,000 askar Rusia telah terbunuh dalam perang Ukraine sebelum ia segera mengeluarkan maklumat tersebut daripada versi taliannya di internet. [SH]
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanApril 24, 2025Treler filem Keluang Man, tambah keterujaan peminat
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia