Ukraine tolak tawaran koridor kemanusiaan Rusia

Ukraine tolak tawaran koridor kemanusiaan Rusia
Ukraine menolak tawaran Rusia utuk membuka koridor kemanusiaan, yang akan membolehkan pelarian dari bandar yang diserang memasuki Rusia dan Belarus.
Timbalan Perdana Menteri Iryna Vereshuk tegaskan, ia bukan tawaran yang boleh diterima.
Kenyataan dikeluarkan ketika rundingan pusingan baharu masih berlangsung.
Tentera Rusia sebelum ini memaklumkan membuka koridor daripada empat bandar Ukraine, Kharkiv, Kiev, Mariupol dan Sumy untuk memberi peluang kepada pelarian menyelamatkan diri.
Ini susulan gencatan senjata yang dikuatkuasa.
Bagaimanapun media antarabangsa melaporkan pertempuran masih berterusan di empat bandar tersebut.
Facebook Comments
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



