Veteran UMNO Tidak Berpuas Hati Dengan Kabinet PN | Malaysia News

Veteran UMNO Tidak Berpuas Hati dengan Kabinet PN

Veteran UMNO Tidak Berpuas Hati dengan Kabinet PN

Kuala Lumpur, MTN – Lagi pemimpin Umno yang tidak berpuas hati dengan lantikan jawatan kabinet kerajaan baru Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Veteran Umno, Shahrir Samad semangat en bloc PN hilang dalam barisan jemaah menteri itu selepas Muhyiddin diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai perdana menteri kelapan.

“Keputusan dan tindakan secara en bloc oleh BN bersama PAS berjaya dilaksanakan sehingga perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk Muhyiddin menjadi perdana menteri.

“Tetapi apabila tiba kepada peringkat perlantikan anggota jemaah menteri, seolah-olah sudah kehilangan pula semangat en bloc itu,” kata veteran Umno otu dalam satu hantaran di Facebook.

Tindakan itu, katanya seolah-olah menunjukkan kerajaan baru PN bukannya dipimpin oleh Umno / BN dan Muafakat Nasional, tetapi diketuai oleh Bersatu dengan geng Azmin Ali dari PKR.

Antara lain, Shahrir mempersoalkan mengapa pemimpin Sabah ditinggalkan oleh Muhyiddin daripada menyertai senarai kabinet berkenaan.

“Kalau (Ketua Umno Sabah) YB Bung (Moktar Radin) tidak boleh dilantik oleh kerana sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah, YB Datuk Mohamed (Alamin) yang baru menang di PRK Kimanis layak untuk jadi seorang timbalan menteri,” katanya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply