Walaupun PKP Dipanjangkan, Dewan Rakyat Tetap Bersidang 18 Mei
Walaupun PKP Dipanjangkan, Dewan Rakyat Tetap Bersidang 18 Mei
Kuala Lumpur, MTN – Dewan Rakyat akan bersidang mengikut jadual pada 18 Mei walaupun sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof berkata, disebabkan keadaan wabak COVID-19, jumlah wartawan yang membuat liputan sidang Parlimen mungkin dihadkan.
Beliau bagaimanapun berkata, siaran langsung persidangan akan dijalankan seperi biasa.
Katanya kepada Sinchew Daily, Parlimen buat masa ini hanya membenarkan media rasmi iaitu RTM, Bernama, Jabatan Penerangan dan pasukan media Parlimen untuk membuat liputan.
Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming ketika dihubungi berkata, Parlimen akan mengambil langkah berjaga-jaga jika sidang Dewan Rakyat diadakan dalam tempoh PKP.
“Dalam mesyuarat melibatkan pegawai Parlimen pada minggu lalu, kami berbincang supaya hanya Ahli Parlimen sahaja yang boleh masuk dewan.
“Jumlah pegawai kerajaan dan petugas media juga akan dihadkan,” katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen perlu menerima saringan COVID-19 sebelum tarikh mesyuarat dan suhu mereka juga akan diambil sebelum memasuki Parlimen.[MK]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri