Warisan Sedia Pinda Perlembagaan Parti Untuk Mahathir

Warisan Sedia Pinda Perlembagaan Parti Untuk Mahathir
Kuala Lumpur, MTN – Warisan sedia meminda perlembagaannya – jika perlu – andainya Dr Mahathir Mohamad berminat untuk menyertainya, kata pengerusi tetap parti itu, Liew Vui Keong.
Menurut anggota parlimen Batu Sapi itu, pindaan tersebut perlu dilakukan kerana ketika ini keanggotaan Warisan tidak terbuka untuk orang bukan Sabah.
Katanya, peruntukan dalam perlembagaan tersebut boleh diubah jika ada keperluan.
“Saya rasa kemungkinan ada. Buat masa ini, Parti Warisan Sabah hanya tertumpu pada negeri Sabah tetapi perlembagaan boleh dipinda untuk menjadikannya Parti Warisan Malaysia.
“Tetapi ini memerlukan perubahan kepada perlembagaan parti Warisan. Jadi, ini sedang dalam proses,” katanya seperti dipetik Astro Awani.
Mahathir merupakan pengerusi Bersatu – jawatan tertinggi parti itu mengikut perlembagaan – sebelum berlaku krisis dalaman yang menyaksikan keanggotaan beliau didakwa gugur.
Turut berdepan masalah sama ialah lima lagi anggota parlimen, termasuk Mukhriz Mahathir, Dr Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.
Semasa sidang Dewan Rakyat Mahathir dan penyokongnya ditempatkan di kawasan ahli parlimen bebas. Mereka adalah kumpulan yang menyokong idea menamakan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, sebagai calon perdana menteri dari pembangkang.
Langkah itu dianggap perlu dalam usaha pembangkang mendapat sokongan mencukupi daripada ahli parlimen bagi mengembalikan semula kerajaan kepada Pakatan Harapan (PH).
Sehingga kini, Mahathir dan ahli parlimen yang setia kepadanya belum membuat keputusan sama ada akan menyertai parti lain atau menubuhkan parti baru.
Liew berkata Warisan boleh memberi pertimbangan jika ada anggota parlimen yang tidak memiliki platform dan berminat menyertai parti berkenaan.[mk]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri