Zarkashi: UMNO Jangan Terperangkap dengan ‘Game Plan’ Bersatu
Zarkashi: UMNO Jangan Terperangkap dengan ‘Game Plan’ Bersatu
Kuala Lumpur, MTN – UMNO Bahagian Batu Pahat sebulat suara menolak UMNO menjadi komponan Perikatan Nasional (PN) jika didaftarkan sebagai badan formal seperti Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH).
Justeru ia mendesak supaya pemimpin UMNO menjarakkan diri daripada sebarang perbincangan ke arah penubuhan atau pendaftaran PN apatah lagi menandatangani untuk menyertainya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, UMNO mesti konsisten dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
”UMNO patut fokus memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) sebagai gagasan politik baru untuk menghadapi PRU ke-15.
”MN lahir melalui satu proses hati nurani politik yang murni ekoran penentangan terhadap ICERD, Statut Rom dan tindak tanduk DAP bila dapat kuasa,” tegas beliau.
Menurut beliau, PN sepatutnya hanya kekal sebagai pemudah cara agar kerajaan terus berfungsi demi rakyat sehingga PRU ke-15.
UMNO tidak boleh terperangkap dengan ‘game plan’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika UMNO menyertai PN yang didaftarkan.
Ini kerana, UMNO Batu Pahat bimbang UMNO akan terpalit dengan politik ‘beracun’ Bersatu akibat persengketaan berterusan kelompok Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kelompok Tan Sri Muhyiddin Muhyiddin.
”UMNO tidak boleh tertipu dengan politik wayang PPBM yang dianggotai oleh ahli Parlimen lompat dari PKR dan UMNO.
”Kekuatan Bersatu bukan kerana akar umbi tetapi ihsan nyawa dari mereka yang melompat. Justeru, UMNO perlu kekal dengan sendi-sendi politik rakyat yang solid. Jangan lembik dan terikut ikut dengan ‘game plan’ musuh.[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri