1,050 Gambar Hajarul Aswad Diedar Untuk Tatapan Umum | Malaysia News

1,050 gambar Hajarul Aswad diedar untuk tatapan umum

Hajar Aswad

1,050 gambar Hajarul Aswad diedar untuk tatapan umum

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi mengedarkan imej terperinci Hajarul Aswad, gambar paling istimewa dari tapak arkeologi terpenting di Masjidil Haram di Makkah.

Presidensi Hal Ehwal Dua Masjid Suci itu, yang dipetik Arab News, berkata 1,050 gambar Batu Hitam dan tempat suci Nabi Ibrahim diambil menggunakan teknologi Fox Stack Panorama.

Kaedah itu menggabungkan imej dengan tahap kejelasan yang berlainan bagi menghasilkan sebuah gambar beresolusi tinggi dari batu yang dikenali sebagai Hajarul Aswad.

Sebanyak 49,000 imej megapixel diambil selama tujuh jam dan memerlukan tempoh selama berminggu-minggu untuk disunting.

Ini adalah kali pertama pihak berkuasa Arab Saudi mendedahkan gambar Hajarul Aswad secara terperinci.

Ketua Setiausaha Projek dan Agensi Kajian Kejuruteraan, Sultan Ati Al-Qurashi, berkata pihak berkuasa berminat menggunakan teknik terkini teknologi pengimejan kerana sejarah Hajarul Aswad amat penting kepada umat Islam.

“Kita mahu merekodkan gambar Batu Hitam dan makam Nabi Ibrahim secara terperinci dari segi teknikal dan dimensi kejuruteraan menggunakan pencetak 3D.

“Pihak kami sedang membangunkan pameran secara maya mengemukakan semua penemuan arkeologi ini dalam model 3D, merangkumi 123 artifak dari Muzium Senibina dua Masjid Suci,” katanya.

Batu berwarna hitam kemerahan yang berbentuk bujur dengan ukuran rentas 30 sentimeter (cm) itu terletak di sudut tenggara Kaabah dan menjadi titik permulaan dan tamatnya tawaf.

Kedudukannya Hajarul Aswad adalah 1.5 meter tinggi dari permukaan tanah dan diletak dalam bingkai perak untuk melindunginya. -AGENSI
Hajar Aswad

 

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply