187 Kes Baharu Covid-19, Noor Hisham: 173 Warga Asing | Malaysia News

187 Kes Baharu Covid-19, Noor Hisham: 173 Warga Asing

187 Kes Baharu Covid-19, Noor Hisham: 173 Warga Asing

Putrajaya, MTN – Kes penularan Covid-19 berkaitan warganegara asing di negara ini terus meningkat, hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 187 kes baharu dikesan hari ini, bagaimanapun hanya empat kes berkaitan penularan tempatan.

“Daripada 187 kes baharu yang dilaporkan, sepuluh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan tiga pemastautin tetap.

“Daripada 177 kes penularan tempatan, 173 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 155 kes dikesan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil dan 13 kes daripada kluster Pengawal Keselamatan Cheras.

“Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat kes sahaja,” katanya dalam sidang media di KKM hari ini.

Kes aktif kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 1,448 kes.

Dalam pada itu, terdapat 62 kes pulih dan telah discaj pada hari ini.

Daripada jumlah itu, kes keseluruhan kes pulih Covid-19 adalah pada paras 6,041 kes melibatkan 79.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiada kes kematian ekoran Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kekal sebanyak 115 kes.

Kali terakhir kes kematian dilaporkan adalah pada Jumaat lalu melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 65 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.[mg]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply