JPA: Pemansuhan BPIK Ditangguhkan | Malaysia News

JPA: Pemansuhan BPIK Ditangguhkan

Putrajaya, MTN – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata bahwa Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), yang dijadualkan bermula 1 Jan 2020 ditangguhkan.

Beliau berkata penangguhan itu dibuat sehingga satu kajian semula dilaksanakan dengan pihak yang berkaitan dan diputuskan Jemaah Menteri.

“Sehubungan itu, pelaksanaan pemansuhan BIPK kepada pegawai lantikan baharu melibatkan 33 skim perkhidmatan seperti dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 adalah ditangguhkan,” katanya.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan pada 25 Dis, 2019 memaklumkan pemansuhan BIPK hanya melibatkan pelantikan baharu mulai 1 Jan, 2020.

Menurut kenyataan itu, penerima BIPK sedia ada tidak terjejas dan akan terus menikmati pembayaran BIPK secara Khas Untuk Penyandang (KUP) mengikut kadar sedia ada yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 sehingga meninggalkan perkhidmatan.

BIPK diwujudkan pada 1992 berikutan kekurangan bekalan tenaga kerja dalam sektor tertentu ketika itu yang bertujuan untuk menarik graduan berkhidmat dengan kerajaan.

Facebook Comments