Dr Mohd Uzir: IHP Meningkat 1.0 Peratus di Bulan Disember 2019
Dr Mohd Uzir: IHP Meningkat 1.0 Peratus di Bulan Disember 2019
Kuala Lumpur, MTN – Jabatan Perangkawan berkata bahwa Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur inflasi utama,meningkat 1.0 peratus tahun ke tahun kepada 122.3 pada Disember 2019 berbanding 121.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kenaikan indeks keseluruhan ini didorong oleh kenaikan indeks pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.4 peratus), makanan dan minuman bukan alkohol (1.7 peratus), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.7 peratus), pendidikan (1.7 peratus), komunikasi (1.5 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (1.4 peratus) dan kesihatan (1.4 peratus).
“Bagi perbandingan bulanan, IHP bertambah 0.2 peratus berbanding November 2019, disokong terutamanya oleh makanan dan minuman bukan alkohol (0.5 peratus) dan restoran dan hotel (0.2 peratus),” kata Uzir.
Sementara itu, IHP bagi suku tahun keempat 2019 meningkat 1.0 peratus kepada 122.1 berbanding 120.9 pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya. Bagi perbandingan suku tahunan, IHP meningkat 0.3 peratus berbanding suku tahun ketiga 2019.
Secara keseluruhan beliau berkata, IHP bagi 2019 mencatat peningkatan 0.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata tiga negeri iaitu Kuala Lumpur (1.5 peratus), Selangor dan Putrajaya (1.4 peratus) dan Johor (1.1 peratus) menunjukkan kenaikan melepasi paras IHP nasional 1.0 peratus pada Disember 2019 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
“Semua negeri mencatat peningkatan bagi indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol, dengan peningkatan tertinggi oleh Johor (2.5 peratus) diikuti Kuala Lumpur (2.1 peratus) dan Selangor dan Putrajaya (2.1 peratus) iaitu melebihi paras nasional 1.7 peratus bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol pada Disember 2019,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan