Maybank IB Research Turunkan Saranan Atas Lotte Chemical Titan | Malaysia News

Maybank IB Research Turunkan Saranan Atas Lotte Chemical Titan

Maybank IB Research Turunkan Saranan Atas Lotte Chemical Titan

Kuala Lumpur, MTN – Maybank IB Research menurunkan saranannya ke atas Lotte Chemical Titan Holdings Bhd (LCT) kepada ‘jual’ daripada ‘simpan’ pada harga sasaran (TP) yang diturunkan kepada RM1.70 daripada TP RM2.85 sebelumnya, susulan keputusan suku tahunan 2019 (FY2019) yang lemah.

Keuntungan bersih LCT merosot kepada RM439.73 juta pada FY2019 daripada RM783.33 juta setahun sebelum itu, manakala hasil turun kepada RM8.48 bilion berbanding RM9.24 bilion sebelumnya,

Syarikat pemilik dan pengeluar polipropilena, polietilena serta etilen, itu turut menyaksikan pendapatan sesahamnya merosot kepada 19.35 sen berbanding 34.46 sen sebelumnya.

Dalam nota kajiannya hari ini, Maybank IB Research said keputusan LCT itu menepati unjurannya.

“Kami menurunkan anggaran pendapatan sesaham (EPS) FY2020-2021 sebanyak 33-37 peratus dan kini kami mengunjurkan EPS FY2020 LCT merosot 38 peratus berdasarkan hari penyelenggaraan yang lebih banyak, sebaran semasa yang rendah sementara belum berlaku persaingan di peringkat tempatan,” katanya.

Firma penyelidikan itu juga mengunjurkan projek LCT di Indonesia akan menghabiskan tunai kumpulan itu pada FY2021-2022.

Pada 11.06 pagi, LCT merosot 15 sen kepada RM2.08 dengan 2.21 juta saham diurusniagakan.[bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply