PH Sukar Mempunyai Hala Tuju | Malaysia News
September 19, 2024

PH Sukar Mempunyai Hala Tuju

PH Sukar Mempunyai Hala Tuju

Kuala Lumpur, MTN – Penganalisis politik, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor mendedahkan bahawa umum untuk mengetahui bahawa Pakatan Harapan (PH) asalnya adalah sebuah perkahwinan politik.

Satu pihak, golongan liberal dan moderat, mahu menumbang kerajaan Barisan Nasional (BN). Satu pihak lagi, golongan konservatif dan neo-konservatif, adalah lebih spesifik – mahu menjatuhkan Najib.

Namun atas titik temu untuk menewaskan pentadbiran Najib dalam Pilihan Raya Umum 2018 (PRU 2018), kesepakatan dicapai bagi membentuk sebuah pakatan politik yang mantap dengan mengkoordinasikan dua golongan ini, dalam usaha untuk menyaingi BN dengan lebih berkesan.

Strategi ini membuahkan hasil. Tanpa disangka ramai, malah PH sendiri, rejim BN yang mendominasi pemerintahan Malaysia lebih enam dekad, berjaya ditumbangkan dalam PRU 2018.

Namun implikasinya, struktur parti hybrid (menggabung elemen konservatif dan liberal) terbentuk, dan PH sukar mempunyai hala tuju yang dengan tekanan (forces) yang berbeza-beza daripada dua elemen ini (konservatisme lawan liberalisme) dalam pakatan parti itu.

Pengiktirafan ICERD umpamanya, selepas diumumkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, wujud dua kumpulan yang berbeza dasar. Satu pihak mahukan kerajaan menarik balik pengiktirafan itu, satu lagi mahu ia diteruskan.

Begitu jugalah hal dengan pendirian kerajaan terhadap Sosma. Hal ini dirumitkan lagi, dengan golongan konservatif memegang kuasa dominan, melalui kedudukan penting dan strategik di dalam kerajaan.

Golongan liberal dan moderat pula lebih berpengaruh dalam pakatan parti pemerintah, dengan kedudukan utama dan terbanyak di dalam parti pemerintah dan Parlimen.

 

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply