Dibawah Kepemimpinan Mahathir Baru, Operasi Kekuasaan Tidak Banyak Berubah
Dibawah Kepemimpinan Mahathir Baru, Operasi Kekuasaan Tidak Banyak Berubah
Kuala Lumpur, MTN – Penganalisis politik, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata bahwa pelbagai perkara dan keputusan didominasi oleh PM tanpa sekatan dan semakan yang yang efektif dari parti pemerintah, badan-badan dan agensi-agensi lain dalam kerajaaan.
Dalam isu transisi kuasa, Majlis Presiden PH nampaknya lumpuh. Dari sudut pelantikan utama jawatan sektor awam, Jawatankuasa Parlimen lebih kepada satu hal yang kosmetik.
Dari masa ke semasa, boleh dilihat corak yang jelas perluasan kuasa Perdana Menteri yang melemahkan dan membelakangkan kuasa-kuasa lain yang boleh menyemak dan mengimbangi kuasa PM, walaupun masih belum mencapai tahap kekuasaan Najib Razak semasa beliau memegang tampuk pemerintahan negara.
Namun, sistem politik dan ekonomi Malaysia di bawah ‘Dr Mahathir baru’ kini telah direkayasa dengan pelbagai kerumitan dan kesimbolikan demokrasi baru, meskipun operasi kekuasaan secara praktiknya tidak banyak berubah.
Justeru timbul persoalan, apakah yang berlaku pada PRU 2018 itu sebuah perubahan regim? Ataupun ia sebenarnya adalah satu penyusunan semula rejim lama dalam bentuk baharu?
Kesemua wakil parti komponen PH diugut wakil parti Bersatu bahawa parti itu akan keluar PH sekiranya Dr Mahathir terus ditekan untuk berundur dalam Mesyuarat Majlis Presiden baru-baru ini.
Mohamad Sabu, memahami akan maksud ugutan itu, membalas bahawa mereka tidak kisah kerana “sudah biasa menjadi pembangkang”. Gertakan itu tidak bermaksud Bersatu akan menyerahkan kuasa dan kedudukan dominannya dalam badan eksekutif, sebaliknya lebih membawa maksud untuk keluar dari PH, dan bentuk kerajaan baharu dengan pihak lain.
Anwar juga semakin kelihatan sebagai bukan pengganti pilihan Dr Mahathir lewat ini. Dr Mahathir cenderung mengelak dari menjawab persoalan itu kebelakangan ini, dan apabila jawapan diberikan, ia sering tidak membawa apa-apa makna, selain Anwar perlu terus menunggu.
Dr Mahathir sebagai ‘Dr Mahathir’, tiada siapa yang boleh membacanya. Keputusan beliau boleh berubah berdasarkan perkembangan dan kepentingan semasa di sekeliling beliau.
Politik Malaysia hampir dua tahun pentadbiran PH di Putrajaya kini kembali di bawah Dr Mahathir. Tidak banyak yang boleh menghalang beliau kecuali masa. Berdasarkan keadaan semasa kini, peluang Anwar sebagai PM nampaknya lebih tipis.
Namun sekali lagi, Dr Mahathir menjadi Dr Mahathir, tiada siapa yang boleh menjangkakan beliau. Anwar mungkin diangkat beliau sebagai pengganti kalau keadaan dan kepentingan di masa depan mereka boleh diselaraskan sekali lagi.
Apapun buat masa ini, politik nampaknya masih lagi mengatasi prinsip. PH jelas sekali sebuah pakatan yang rapuh, yang kini sebenarnya hidup atas kompromi kepentingan-kepentingan yang bukan sahaja bersaing, tetapi berbeza dan bertentangan antara satu sama lain.
Manakala yang berlaku pada PRU 2018 bukanlah satu perubahan rejim yang fundamental, tetapi lebih kepada penyusunan semula rejim pemerintah dalam bentuk dan koordinasi yang baru, yang mungkin tidak berkekalan lama..
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri