Fahmi Fadzil: Orang Ramai Diminta Bertenang Dan Bersabar | Malaysia News

Fahmi Fadzil: Orang Ramai Diminta Bertenang dan Bersabar

Fahmi Fadzil: Orang Ramai Diminta Bertenang dan Bersabar

Kuala Lumpur, MTN – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata orang ramai diminta bertenang dan bersabar dengan perkembangan yang berlaku sekarang.

“Bagi pihak pimpinan PKR, saya menggesa semua rakyat Malaysia, khususnya anggota parti, untuk bersabar dan bertenang,” katanya.

Hal itu kerana, katanya, ada banyak berita, khabar angin dan andaian mengenai kedudukan kerajaan PH sedang berlegar atau disebar.

“Sentiasa patuhi undang-undang negara serta jangan sebarkan maklumat tidak sahih,” katanya.

Seperti diketahui bahwa semalam, sekumpulan ahli parlimen yang menyokong Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dilihat berkunjung ke Istana Negara. Turut dilihat ialah beberapa ahli parlimen dari Bersatu, BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Warisan.

Perkembangan itu berlaku hanya sehari selepas mesyuarat Majlis Presiden PH diadakan pada 21 Feb lalu dan membincangkan isu penyerahan kuasa perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar.

Menurut Azmin, usaha membentuk kerajaan baru sedang dijalankan dan dipercayai berlaku seawal esok.

Semalam, pemimpin Bersatu bertemu dengan Mahathir di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, manakala ahli parlimen yang menyokong Azmin ‘bermukim’ di hotel Sheraton PJ.

Pada hari sama, pemimpin PAS dan Umno mengadakan sesi pemukiman di Janda Baik. Mereka kemudian menghadiri ‘makan malam’ di Hotel Sheraton.

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply