Wabak Covid-19 Serangan ke Nigeria
Wabak Covid-19 Serangan ke Nigeria
Kuala Lumpur, MTN – Kes pertama wabak COVID-19 direkodkan di Lagos, Nigeria, yang merupakan hab perdagangan dan bandar paling ramai penduduk, umum kerajaan negeri pada Jumaat.
Pada Selasa seorang rakyat Itali memasuki Nigeria dari Milan untuk tujuan perniagaan dan dilaporkan tidak sihat pada hari berikutnya, kata Pesuruhjaya (Kesihatan) Lagos, Akin Abayomi dalam satu kenyataan.
Abayomi berkata kes disahkan pada Khamis dan segera dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Persekutuan di Abuja, lapor agensi berita Xinhua.
Bagaimanapun, identiti pesakit tidak didedahkan.
“Secara klinikal pesakit berada dalam keadaan stabil, tanpa simptom yang serius dan sedang dirawat di Hospital Penyakit Berjangkit (kini dikenali Hospital Mainland) di Yaba, Lagos,” kata Abayomi.
Katanya, pegawai kesihatan sedang mengenal pasti semua kenalan pesakit sejak beliau tiba di Nigeria.[Bernama]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri