‘Awan Gelap’ Pergi, Kediaman Anwar Kembali Tenang
‘Awan Gelap’ Pergi, Kediaman Anwar Kembali Tenang
KUALA LUMPUR – Kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi salah satu lokasi tumpuan semasa kemelut politik melanda negara kini kembali tenang hari ini.
Hanya beberapa orang orang sahaja wakil pengamal media yang berada di lokasi.
Sejak awal pagi tidak kelihatan pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkunjung ke rumah Anwar, begitu juga dengan penyokongnya yang tidak lagi berkampung di situ.
Presiden PKR itu meninggalkan kediamannya pada jam 1.16 tengahari, namun beliau tidak bercakap dengan pengamal media.
Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan dan mula bertugas hari ini selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar dari Pakatan Harapan (PH).
Pelantikan Muhyiddin itu selepas beliau mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional, Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri