Tian Chua ‘Diserang’ Terkena Baling Botol dan Tamparan
Tian Chua ‘Diserang’ Terkena Baling Botol dan Tamparan
Kuala Lumpur, MTN – Keadaan di ibu pejabat PKR petang ini kecoh apabila Naib Presiden, Tian Chua ‘diserang’ segelintir penyokong parti itu.
Ratusan penyokong parti yang mengamuk menghambur kata-kata kesat termasuk ‘anjing’ dan ‘pengkhianat’ terhadap Tian Chua, selain membaling botol air dan menamparnya ketika beliau hendak memasuki kenderaan.
Pemimpin itu bagaimanapun cuba mempertahankan diri namun terus diasak dan dikasari oleh ahli PKR yang lain.
Kedatangan Tian Chua adalah untuk menghadiri mesyuarat khas yang turut disertai semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR.
Turut dihambur kata-kata kesat ialah Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil melahirkan rasa kesal dan mengecam tindakan kasar beberapa individu terhadap Tian Chua itu dan memohon pihak berkuasa bertindak segera terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang.
“Pada masa yang sama, saya pohon Lembaga Disiplin (PKR) segera siasat. Jika mereka anggota parti, maka tindakan tegas perlu diambil,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri